KUNAK, SABAH – Tiga buah rumah atas air di Kampung Pengkalan sini musnah dalam kebakaran 1 pagi tadi.
Sekumpulan lapan anggota Bomba Daerah sempat menyelamatkan sebuah rumah bersebelahan yang dianggarkan terbakar 15 peratus.
“Operasi pemadaman dilakukan dengan menggunakan sumber air laut.
“Jentera bomba tidak dapat masuk ke lokasi kerana jambatan terputus.
“Tiada melibatkan kemalangan jiwa dilaporkan,” kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan.
Tambahnya, operasi terkawal dalam masa 30 minit dan operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 2.47 pagi.





