Tiga Cedera Dalam Kemalangan Proton Terbakar Selepas Bertembung Hilux

Tiga Cedera Dalam Kemalangan Proton Terbakar Selepas Bertembung Hilux

0
SHARE
Foto: Ihsan JBPM Sabah

KUNAK: Tiga mangsa cedera selepas terlibat dalam kemalangan Proton Saga bertembung dengan Toyota Hilux lalu terbakar di Jalan Kunak – Lahad Datu hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah, panggilan kecemasan mengenai kejadian itu diterima pada jam 10.28 pagi tadi.

Lima anggota pasukan bomba dari BBP Kunak tiba di lokasi kejadian pada jam 10.50 pagi bagi mengawal keadaan.

“Lapor kebakaran melibatkan kereta jenis Proton Saga terbakar 100 peratus selepas bertembung dengan kenderaan jenis Toyota Hilux.

“Terdapat tiga mangsa terlibat dan kesemua mangsa telah diberi rawatan awal dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.