Tiga Dikhuatiri Lemas Ditemui Selamat

Tiga Dikhuatiri Lemas Ditemui Selamat

0
SHARE

KOTA KINABALU – Tiga individu yang dikhuatiri hilang di sungai dalam dua kes berasingan pada Hari Natal baru-baru ini ditemukan selamat.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan dua individu yang tidak dikenal pasti ditemui oleh pasukan tentera di Sungai Seguntur Batu 10, Sandakan pada kira-kira 10 pagi Isnin.

“Tindakan pasukan Bomba membuat pencarian pada permukaan air. Mangsa telah dijumpai selamat oleh pasukan keselamatan (Tentera) di kawasan Kuala Sungai Kinabatangan (di luar kawasan pencarian),” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 2.47 petang.

Kaedah sama digunakan dalan operasi mencari dan menyelamat bagi seorang nelayan dari Kg. Merintaman, Sipitang sehingga dijumpai pada 2.05 petang Isnin.

“Mangsa berumur 53 tahun dikhuatiri hilang di muara sungai dijumpai dengan jarak 2 batu nautika atau 3.7Km dari persisir laut dari Merintaman Sipitang ke Melalamin Western,” kata seorang jurucakap mewakili agensi.