KUDAT, SABAH – Seorang nelayan rupanya selamat sepanjang masa operasi mencari dan menyelamat (SAR) melibatkan agensi keselamatan negara dijalankan untuknya di perairan Limau-Limauan Telaga sini.
Dalam tempoh empat hari operasi itu, mangsa yang dikhuatiri hilang, Nor Jali, 54, sedang berada di rumah keluarga di Kampung Rosob.
Pada 13 hari yang lalu (18 Januari), beliau telah keluar menangkap ikan di laut dan tidak pulang ke rumah selama sembilan (9) hari…
Laporan mengenai kehilangannya hanya dilaporkan kepada pihak penyelamat pada Khamis.
Operasi SAR di laut turut dijalankan oleh Pihak Maritim Malaysia bersama Polis Marin manakala pasukan Bomba bersama Angkatan Pertahanan Malaysia meliputi kawasan pesisir pantai.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata isteri mangsa telah menghubungi Bilik Kawalan Kudat untuk melaporkan kebederadaan suaminya pagi tadi.
Anggota yang terlibat memulakan operasi pada jam 9 pagi setiap hari sehingga larut petang dengan radius pencarian menjangkau lebih tiga kilometer sepanjang tempoh tiga hari tersebut.