Toh Puan Norlidah Santuni Bayi Ma’al Hijrah 1446H

Toh Puan Norlidah Santuni Bayi Ma’al Hijrah 1446H

0
SHARE
Norlidah
Toh Puan Norlidah (kiri) mendukung bayi hijrah sambil diperhatikan ibu, Dg. Nuraqilah Farah Hani A Idris ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

PAPAR, SABAH – Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyantuni seorang bayi Ma’al Hijrah di Hospital Papar, semalam.

Bayi perempuan seberat 2.31kg yang lahir pada jam 10.07 pagi Ahad merupakan anak kedua kepada suri rumah Dg Nuraqilah Farah Hani A Idris, 29, dari Kampung Kelatuan.

“Sepatutnya saya bersalin 28 Julai ini tapi syukur alhamdulillah, baby lahir hari ni dan semua selamat,” kata Nuraqilah ketika ditemui media.

Dalam Program Ziarah Kelahiran Bayi Ma’al Hijrah sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah Tahun 1446H/2024M itu, Toh Puan Norlidah turut menyantuni 10 kanak-kanak dan empat bayi di Wad Kanak-Kanak, selain dua bayi di Wad Bersalin di hospital terbabit.

Mengiringi Toh Puan Norlidah, Isteri Ahli Parlimen, Datin Dr. Rafidah Salleh; Pengerusi Puspanita Cawangan Sabah, Datuk Dr. Nuinda Alias dan Pengarah Hospital, Dr. Samsul Tuah. — JABATAN PENERANGAN SABAH