KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) amat menghargai pendirian Pengerusi UMNO Sabah, Dato’ Sri Bung Moktar Radin yang konsisten dengan komitmen untuk terus bersama dalam Kerajaan GRS di negeri Sabah.
Hajiji berkata kenyataan terbuka itu menzahirkan komitmen padu semua kepimpinan GRS untuk menjunjung mandat rakyat di Sabah yang telah memilih kerajaan baharu di bawah gagasan GRS.
“Atas sebab itu, keutamaan kita adalah menjaga nasib dan masa depan rakyat serta negeri…
“Cabaran di hadapan kita adalah menangani isu kesihatan, keselamatan dan ekonomi susulan pandemik COVID-19,” kata Hajiji.
“Justeru, sebagai Pengerusi GRS saya amat menghargai pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah (Dato’ Sri Bung Moktar Radin) yang terus bersama kerajaan GRS di Sabah,” katanya lagi.