PERDANA MENTERI, JEMAAH MENTERI MASIH KEKAL UNTUK MENJALANKAN TUGAS – PEGUAM NEGARA

PERDANA MENTERI, JEMAAH MENTERI MASIH KEKAL UNTUK MENJALANKAN TUGAS – PEGUAM NEGARA

0
SHARE
Tan Sri Muhyiddin Yassin...

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para Jemaah Menteri sedia ada masih kekal untuk terus menjalankan tugas dan kuasa eksekutif Persekutuan, demikian menurut Peguam Negara dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu adalah sebagai jawapan balas terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 7 Julai 2021 yang mana kenyataan tersebut adalah kenyataan daripada suatu parti komponen yang membentuk Kerajaan sedia ada yang telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong menurut Perkara 43(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi…

“Buat masa ini, Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa YAB Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” menurut kenyataan Peguam Negara.

Status Ahli Parlimen (MP) Malaysia setakat 7 Julai 2021…

Tambah kenyataan itu, berdasarkan Perkara 43(20(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majorit ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah ditentukan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri dan bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Oleh itu, dari segi undang-undang, YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri sedia ada ternyata masih kekal untuk terus menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan,” jelas kenyataan tersebut.