KUALA LUMPUR – Pertandingan Kostum dan Bakat Kebangsaan Kanak-kanak Dan Remaja Global kembali buat kali kedua di pentas utama Galeri Beli Belah Atria, Damansara Jaya pada Rabu ini (6 Mac).
Pertandingan yang berjaya mengiktiraf bakat muda dari seluruh dunia kembali dengan barisan perwakilan yang lebih besar dalam edisi kedua tahun ini.
Ia akan menyaksikan lebih daripada 30 perwakilan dari sembilan negara bersaing untuk mendapatkan penghormatan.
Jenama pertandingan ratu antarabangsa tempatan yang disegani di peringkat global itu diasaskan oleh penganjur pertandingan kecantikan Malaysia terkenal, Leo Raynold dari Leading Management yang berpusat di Kota Kinabalu, Sabah.
Acara kemuncak pertandingan akan diadakan di Dewan Jamuan Galaxy @ Pusat Konvensyen HGH di Sentul, Kuala Lumpur pada Jumaat (8 Mac).
Pertandingan Kostum dan Bakat Kebangsaan yang terbuka kepada orang ramai akan mempamerkan paparan kreativiti budaya Asia yang mengagumkan dan mempesonakan.
Kesemua finalis pertandingan itu juga akan dipersembahkan secara rasmi kepada umum termasuk penaja, rakan kongsi dan ahli media, menjelang peringkat akhir global dua hari kemudian.
Acara itu akan diserikan oleh Mini Miss Global 2023 Chinbee Patthariya Tan Suwannurak dari Thailand, Little Miss Global 2023 Monyneath Chhorda dari Kemboja, Miss Pre Teen Global 2023 Angelina Vongxaya dari Laos, Miss Teen Global 2023 Kong Chan Narya dari Kemboja, Mister Teen Global 2023 Tristan John Lander dari Filipina, dan pelbagai ratu kecantikan lain, pereka fesyen dan tetamu selebriti.