Tun Juhar Hadiri Majlis Kesyukuran Ma’al Hijrah 1446H

Tun Juhar Hadiri Majlis Kesyukuran Ma’al Hijrah 1446H

0
SHARE
Juhar
Bacaan doa awal dan akhir tahun serta bacaan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menghadiri Majlis Kesyukuran serta Doa Akhir Tahun 1445H dan Awal Tahun 1446H di Masjid Negeri Sabah (MNS), pada Sabtu malam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun 1445H diikuti doa awal tahun 1446H yang dipimpin oleh Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu @ Aziz Jaafar manakala solat Maghrib, bacaan Surah Yasin dan tahlil dipimpin Imam Besar Masjid Negeri, Suhaidi Kuanting.

Sejurus selesai menunaikan solat maghrib serta bacaan surah Yasin dan Tahlil, Pensyarah Institut Perguruan Guru (IPG) Gaya, Shahir Ismail menyampaikan tazkirah Maal Hijrah, sebelum menunaikan solat fardu Isyak diimamkan oleh Suhaidi.

Antara yang hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah 2024, Datuk Mohd. Arifin Mohd Arif; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Al Hambra Juhar; Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Yahya Hussin; Timbalan Mufti, Datuk Abdul Manap Lakariba dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS), Jumain Jikah@Abdul Ghani. — JABATAN PENERANGAN SABAH