Maut Tercampak Sebelum Dihempap Kenderaan Sendiri

Maut Tercampak Sebelum Dihempap Kenderaan Sendiri

0
SHARE

NABAWAN, SABAH – Seorang lelaki 25 tahun maut tercampak sebelum dihempap kenderaannya sendiri yang terbabas di tepi jalan Kampung Malampoi di Sook sini pagi tadi.

Mangsa, Putera Azzalie Sulayul, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian iaitu kawasan semak berdekatan dengan Ladang Sawit Felcra Batu 48.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada pukul 7.39 pagi.

Mangsa berumur 25 tahun yang tersepit pada bahagian hadapan kereta Proton Wira Aeroback dipandunya…(Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah)

“Mangsa tersepit di bawah kenderaan jenis Proton Wira Aeroback yang dipandunya berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba…

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya,” katanya sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 8.28 pagi.