KUALA LUMPUR – Angkara dendam dan perselisihan faham antara lima pelajar pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dengan tujuh remaja di kawasan perumahan Taman Datuk Keramat dipercayai punca utama kejadian kebakaran yang mengorbankan 23 penghuni di pusat tahfiz baru-baru ini.
Menurut sumber daripada pihak polis, beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja selepas remaja terbabit dilihat ataupun ‘kantoi’ menghisap dadah (syabu) di kawasan tasik yang berada di belakang pusat tahfiz tersebut iaitu di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat.
Katanya, susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan pada hari kejadian, beberapa daripada mereka melompat masuk ke dalam pusat tahfiz itu.
“Kemudiannya, mereka mencuri dua buah tong gas dari kiosk berdekatan lokasi kejadian sebelum membocorkan gas pada tilam dan membakarnya dengan petrol di pintu utama asrama,” katanya pihak polis.
Perancang utama dikalangan remaja itu juga sempat untuk membuat eksprimen ditempat kejadian cara untuk membocorkan kepala tong gas tersebut sebelum tinggalkan pusat tahfiz tersebut.
Susulan dari itu, tujuh remaja itu ditahan dan mereka didapati positif dadah ketika ditahan.
Tangkapan kesemua tujuh orang suspek adalah hasil selepas maklumat diperoleh daripada rakaman litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan wajah seorang suspek yang berumur 12 tahun