KOTA KINABALU, SABAH – Azis Jamman sangat kurang ajar dan biadap dengan membuat tuduhan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti ‘Firaun’, pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara harus segera dakwa Azis di bawah akta hasutan dan fitnah, demikian menurut Gabungan NGO Bebas Suara (BEBAS) hari ini.
BEBAS bekata, Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) sebelum ini telah membuat lapuran polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan Firaun.
VIDEO tular yang jelas menunjukkan Azis berniat jahat dengan mengimplikasi GRS sebuah kerajaan yang zalim sehingga disamakan dengan firaun…
BEBAS bekata laporan Polis fitnah dan hasutan telah dibuat oleh dua Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Halil Ruffli dan Tsabbit Mukti di Balai Polis Penampang pada 3 Jun (Isnin).

Tambah BEBAS, sepatutnya kes-kes sebegini wajar dipercepatkan pendakwaan di mahkamah memandangkan kenyataan Azis boleh menyebabkan kesan implikasi negatif kepada GRS selaku parti pemerintah di Sabah
“Meskipun kita berbeza fahaman politik, tetapi budaya memfitnah ala samseng sebegini wajar dihentikan.
“Masih segar dalam ingatan apabila Warisan memerintah Sabah sebelum ini, orang kuat Azis iaitu Datu Akjan bersama kumpulan beliau telah menyerang ahli UMNO, Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).
VIDEO yang pernah tular menunjukkan Datu Akjan bersama sekumpulan penyokongnya pada tahun 2020 menyerang seorang EXCO PEMUDA UMNO Malaysia di Lapangan Terbang Kota Kinabalu (KKIA)…
Justeru budaya politik ganas dan samseng seperti yang cuba ditonjolkan oleh Azis wajar ditolak…
“Apa yang lebih menggerunkan ketika ini kerjasama yang terjalin di antara Warisan dan UMNO, tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan nasib rakyat Sabah sekiranya kedua-dua parti ini diberikan mandat pada PRN-17 akan datang,” jelas BEBAS.
Umum mengetahui UMNO di Sabah diketuai oleh pemimpin dikenali berperwatakan kasar dan pernah mengisytiharkan sebagai pemimpin yang pernah minum darah manakala WARISAN pula terdapat pemimpin seperti Azis Jamman dan Datu Akjan.
VIDEO tular sebelum ini yang menunjukkan pemimpin tertinggi UMNO di Sabah iaitu Bung Moktar yang dikenali sebagai pemimpin agak kasar dalam melontarkan kata-katanya…
“Memang benar masih banyak kelemahan GRS, namun kalau ingin dibandingkan dengan parti Warisan ketika memerintah Sabah kejayaan GRS jauh lebih hebat berbanding Warisan.
Cukuplah dengan melihat bagaimana Warisan mengurus tadbir Sabah sepanjang 26 bulan kadar KDNK negeri Sabah jatuh menjunam dari 8.2 peratus kepada 0.5 peratus, isu ‘Sempornasisasi’ dan perlantikan kroni ke dalam jabatan kerajaan negeri Sabah, cadangan pemberian pulau kepada pendatang tanpa izin (PTI) dari selatan Filipina,” tambah BEBAS lagi.

Shafie dalam satu ucapan yang pernah tular sebelum ini mengakui apabila mereka berkuasa beliau berkata ‘kita jaga orang kita’…






