LAHAD DATU, SABAH – Tujuh remaja lelaki dalam anggaran umur 15 hingga 17 tahun nyaris menemui ajal apabila terperangkap dalam kepala air di Sungai Membatu sini pada Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi menerima panggilan kecemasan berhubung insiden pada jam 6.25 petang.
“Mangsa terperangkap di kepala air semasa melakukan aktiviti mandi-manda berjaya diselamatkan oleh pasukan Polis…
“Mereka seterusnya dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut,” kata seorang jurucakap bagi agensi berkenaan.
Tambahnya, operasi tamat pada jam 7.30 malam.