Tukang Cat Kereta Maut Di Bengkel

Tukang Cat Kereta Maut Di Bengkel

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang tukang cat kereta di Kampung Sinulihan, Inanam, sini, menemui mayat rakannya yang direnjat elektrik pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Zaidi Abdullah berkata rakan terbabit mendengar mangsa, Muhammad Nur Karim, 41, menjerit dalam kejadian kira-kira empat pagi itu.

“Saksi berkenana telah pergi ke belakang bengkel dan mendapati mangsa tengah berdiri sambil memegang pagar.

“Beliau cuba menarik mangsa dan merasa ada aliran arus elektrik. Mangsa terus rebah dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Zaidi berkata mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi.