TAWAU, SABAH – Polis daerah ini berjaya menahan TUJUH (7) lelaki berumur 23 hingga 38 tahun susulan tularnya sebuah video pergaduhan di Taman Trauselin, Jalan Persisiran, Tawau semalam di antara dua kumpulan lelaki pada jam lebih kurang pukul 11-pagi.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihaknya telah berjaya penahanan TUJUH (7) orang berkenaan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan itu dan suspek terakhir yang dikenali Jumadi Baba@Jipun, 35, turut berjaya ditahan di Kota Kinabalu malam tadi.
ACP Peter berkata, suspek itu ditahan di salah sebuah kawasan lot parkir kenderaan dan akan dibawa pulang ke daerah Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut selepas mendapat permohonan reman hari ini.

Tambahnya lagi yang mengesahkan kejadian itu berkata, kumpulan yang bergaduh turut membawa senjata berbahaya yang mana DUA (2) orang daripada tangkapan itu merupakan warga asing manakala selebihnya lagi adalah warga tempatan.
VIDEO tular yang merakamkan pergaduhan di antara dua kumpulan lelaki di Taman Trauselin, Jalan Persisiran, Tawau…
Tambahnya, perselisihan faham adalah punca kepada rusuhan dan pergaduhan di antara dua kumpulan di lokasi kejadian.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan ASP Zam Zarina Asri ditalian 016-7375868 dan Pegawai Penyiasat Insp Navind Raj A/L Ashokumar ditalian 014-3427025 di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Tawau,” ujar beliau.





