PRN-12 Sarawak Diadakan Pada 18 Dis Ini – SPR

PRN-12 Sarawak Diadakan Pada 18 Dis Ini – SPR

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUCHING, SARAWAK – Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak akan diadakan pada 18 Disember depan.

Pengerusi Suruhnajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat khas di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala pengundian awal diadakan pada 14 Disember.