Tun Dr Mahathir Bantu Hasrat Lim Kit Siang

Tun Dr Mahathir Bantu Hasrat Lim Kit Siang

0
SHARE
Sumber Foto; UtaraNews

Tun Dr Mahathir Bantu Hasrat Lim Kit Siang

1. MENJELANG PRU-14, sekurang-kurangnya rakyat negara ini telah memahami, mengapa Tun Dr dan Lim Kit Siang bergabung.

2. Daripada lawan kepada kawan, seperti mana rakyat tahu sekian lama.

3. Bagi mereka yang mengikuti malah mengalami pemerintahan Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, pasti musuh utama politik beliau Allayarham Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, adalah Lim Kit Siang.

4. Mengapa keadaan itu berubah? Memang betullah, dalam dunia politik tidak kawan yang kekal, demikian juga tiada musuh selamanya.

5. Bagi dua pemimpin veteran itu, kedua-duanya mahu agar kepimpinan mereka kekal relevan sampai ke akhir hayat. Namun, apa yang tersirat daripada tindakan mereka untuk berkawan, tidak lain tidak bukan untuk mencapai hasrat Lim Kit Siang menjadi Perdana Menteri.

6. Sejak Tahun 1969, hasrat pemimpin DAP itu tersemat di dada dengan kemas, sebab itulah pada Tahun 1974, apabila Allahyarham Tun Abdul Razak mempelawa semua parti politik dalam negera untuk bergabung membentuk parti Barisan Nasional (BN), hanya parti DAP yang menolak.

7. Bagi mencapai hasarat pemimpin DAP itu menjadi Perdana Menteri, beliau telah cuba berbagai pendekatan, antara lain berpakat dengan S-46 pada Tahun 1990, selepas itu bergabung dengan KeAdilan pada Tahun 1998. Gabungan itu diteruskan sehingga Tahun 2013. Malangnya, hasil gabungan itu, hanya memberikan kedudukan kepada anak beliau (Lim Guan Eng) dilantik ke jawatan Ketua Menteri (Pulau Pinang sejak Tahun 2008).

8. Pemimpin veteran DAP itu, berfikir, hanya melalui skop diluar kotak, maka beliau dapat mencapai hasaratnya. Skop diluar kotak itu adalah kerjasama dengan Tun Dr Mahathir.

9. Bagi Kit Siang, hanya menerusi bantuan mantan Perdana Menteri itu, beliau bakal merealisasikan hasratnya.

10. Benar juga, apabila Kit Siang bergabung dengan Tun Dr Mahathir, maka orang pertama yang melihat hasrat itu adalah Dato Seri Najib Razak, apabila Presiden UMNO itu menyuarakannya melalui PAU UMNO pada Disember 2016, bahawa pada PRU-14, rakyat hanya ada dua pilihan- Kerajaan yang bertunjangkan parti Umno atau kerajaan yang bertunjangkan parti DAP.

11. Kerana sudah terdedah hasrat Lim Kit Siang itu, maka dua pemimpin UMNO Sabah, Datuk Salleh Tun Said dan Datuk Rahman Dahalan, menghibahkan hasrat Kit Siang itu kepada rakyat.

12. Diakui, apabila hasrat Kit Siang menjadi Perdana Menteri, bukan rahsia umum lagi, Tun Dr Mahathir adalah pemimpin depan yang menolaknya.

13. Bagi Mahathir, menjelaskan secara terang-terangan kepada rakyat, bahawa beliau membantu Kit Siang mencapai hasaratnya, boleh membawa negatif kepada parti PPBM, kerana kaum melayu akan berfikir dua kali mengundi parti itu.

14. Lim Kit Siang memerlukan sokongan daripada rakan-rakan parti beliau untuk mencapai hasrat beliau mendududuki jawatan Perdana Menteri.

15. Bagi Kit Siang, senario pada PRU-14 adalah, pengundi kaum cina sebulat suara mengundi parti-parti dalam Pakatan Harapan (PH), ertinya di kawasan-kawasan yang ditandingi UMNO, PH akan menang sejumlah kerusi yang diperlukan (sekurang-kurangnya 62 disumbangkan oleh PKR, PPBM dan Amanah) kerana undi kaum melayu berpecah.

16. Bagi menubuhkan Kerajaan Persekutuan, PH hanya memerlukan 112 kerusi parlimen. Dalam perkiraan Kit Siang, DAP akan menang 50 kerusi. Dengan kedudukan itu, maka parti beliau merupakan tunjang kerajaan PH.

17. Tindakan Tun Dr Mahathir membantu Kit Siang mencapai hasratnya, telah melupakan sepenuhnya kritikan pemimpin DAP itu terhadap beliau semasa berkuasa.

18. Bagi Mahathir, kritikan Kit Siang semasa beliau berkuasa, memanglah asam garam politik, dan semuaya telah dilupakan.

19. Kini terserah kepada KAUM MELAYU SEMENANJUNG apa kah mereka juga mahu sebahagian daripada mecapai hasrat Kit Siang tersebut. PRU-14 akan membuktikannya.

M.R

Ini adalah pandangan peribadi daripada kiriman seorang penulis dan tidak mencerminkan langsung pandangan daripada pihak Bongkar TV..