Tun Musa Hadir Resepsi Perkahwinan Anak Setiausaha Perhubungan Awam TYT

Tun Musa Hadir Resepsi Perkahwinan Anak Setiausaha Perhubungan Awam TYT

0
SHARE

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima (Dr) Musa Haji Aman dan isteri, Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin, baru-baru ini meluangkan masa untuk menghadiri resepsi perkahwinan anak Setiausaha Perhubungan Awam TYT, Datuk Haji Abdullah Hussin dan Datin Linah Guriahman.

Majlis perkahwinan dengan suasana meriah dan penuh bermakna di Hotel Raia Tabung Haji itu diserikan dengan kehadiran pasangan pengantin, Nurul Nazira Najwa Datuk Abdullah dan suaminya, Mohd Izat Nordin. 

Tun Musa dan Toh Puan Datin Seri Hajah Faridah turut merakamkan gambar kenangan bersama pengantin.

Kenangan tersebut diabadikan sebagai tanda penghargaan dan sokongan terhadap pasangan pengantin yang baru memulakan kehidupan berumahtangga.

Acara turut dihadiri oleh pelbagai tetamu kehormat, sahabat handai, serta ahli keluarga yang turut menyemarakkan lagi suasana kegembiraan pada hari bersejarah tersebut.