TUN SAKARAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT JANGKITAN COVID-19

TUN SAKARAN MENINGGAL DUNIA AKIBAT JANGKITAN COVID-19

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mantan Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Bin Dandai meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu.

Berita mendukacitakan itu disahkan sendiri oleh anaknya, Datuk Seri Nasir Sakaran pagi tagi.

“Ya ayah sudah meninggal dunia. Kami dimaklumkan oleh pihak hospital pada pukul 6 pagi…

“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.

Cucu kepada Allahyarham, Ahmad Marzuki Nasir yang juga Pengurus Pasukan Sabah FC turut mengumumkan berita itu pada satu hantaran di laman media sosialĀ Facebook miliknya awal pagi tadi.

“Dengan penuh rasa hiba dan dukacita. Nenda tersayang kami Tun Sakaran Bin Dandai telah pergi meninggalkan kita buat selamanya pada pukul 5.30 pagi di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu…

“Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-fatihah,” katanya dalam hantaran tersebut.

Terdahulu, Allahyarham Tun Sakaran, 91, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleneagles di Kota Kinabalu kerana jangkitan COVID-19.

Tun Sakaran yang berasal dari Semporna telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002.

Allahyarkam juga sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.