Turun 80 Kes, Kadar Jangkitan COVID-19 Di Sabah Stabil

Turun 80 Kes, Kadar Jangkitan COVID-19 Di Sabah Stabil

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 Sabah hari ini kembali di bawah paras 200 dengan 80 kes baharu lebih rendah berbanding semalam.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun meberitahu jumlah kes hari ini sebanyak 176.

Beliau berkata jumlah kes baharu daripada kluster-kluster yang aktif, cuma 11 kes iaitu tujuh (7) kes daripada Kluster Jalan Pertukangan, Sandakan dan empat (4) daripada Kluster Puri, Ranau.

“Terdapat tujuh (7) daerah mencatat kes baharu dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu…

“Tidak ada kes baharu di Kalabakan, Nabawan, Kunak, Telupid, Beluran dan Semporna,” katanya.

Jelas beliau, kedudukan semasa jangkitan COVID-19 di Sabah adalah stabil.

“Turun naik kes harian secara mendadak banyak dipengaruhi oleh kemunculan kluster-kluster baharu dari masa ke masa…

“Tetapi apapun jumlah kes setiap hari, statistik yang konsisten ialah lebih 98 peratus daripada semua kes baharu berada dalam Kategori 1 dan 2,” ujarnya.

Katanya, vaksinasi telah mengurangkan banyak kes serius dan telah mengurangkan secara signifikan jumlah pesakit yang perlu dimasukkan di hospital untuk rawatan.

Dalam pada itu, seramai 172 pesakit baharu berada dalam Kategori 1 dan 2 yang pada lazimnya tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Dua (2) lagi pesakit berada dalam Kategori 3 dan masing-masing seorang dalam Kategori 4 dan Kategori 5,” tambahnya.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (21 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 41 (45)
Penampang – 19 (18)
Papar – 15 (18)
Tuaran – 15 (28)
Beaufort – 13 (6)
Sandakan – 12 (12)
Kota Marudu – 11 (10)
Ranau – 8 (12)
Sipitang – 6 (2)
Kota Belud – 6 (4)
Lahad Datu – 5 (4)
Keningau – 4 (6)
Tawau – 4 (3)
Putatan – 4 (21)
Tenom – 3 (2)
Kudat – 3 (1)
Kuala Penyu – 2 (2)
Pitas – 2 (3)
Tambunan – 1 (1)
Kinabatangan – 1 (56)
Tongod – 1 (0)
Semporna – 0 (0)
Beluran – 0 (2)
Telupid – 0 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)