SCH Berjaya Tangkap ‘Buaya Gergasi’ Di Samarahan

SCH Berjaya Tangkap ‘Buaya Gergasi’ Di Samarahan

0
SHARE

KOTA SAMARAHAN, SARAWAK – Buaya gergasi yang dikenali sebagai “Bujang Hitam” sepanjang 16 kaki dan seberat setengah tan berjaya ditangkap oleh pasukan Samarahan Crocodile Team Hunter (SCH), di sini, kelmarin (Rabu).

Wakil rakyat ADUNdun N.16 Muara Tuang, YB Dato’ Haji Idris Buang merakamkan ucapan tahniah buat SCH atas kejayaan itu semasa beliau melawat ke Pangkalan Feri Muara Tuang untuk melihat sendiri buaya itu.

Menurut Ketua SCH Wan Mazlan, buaya tersebut ditangkap setelah memakan umpan ayam yang dipasang di sungai Kampung Meranek. Buaya tersebut Menurutnya adalah buaya yang terbesar berjaya ditangkap oleh SCH

Menurutnya lagi buaya tersebut adalah suspek utama kes dua mangsa yang dibaham buaya di Sungai Meranek beberapa bulan lepas.

Buaya itu kemudiannya telah dibawa ke Pangkalan Feri Muara Tuang petang tadi untuk tindakan selanjutnya.