Polis Buka Surat Siasatan Video Kemalangan Tular

Polis Buka Surat Siasatan Video Kemalangan Tular

0
SHARE
Tangkap layar klip rakaman kejadian di lampu isyarat Jalan Sempadan...

PARIT BUNDAR, PERAK – Polis membuka kertas siasatan berhubung kemalangan motosikal dan kereta di lampu isyarat Jalan Sempadan, di sini selepas video kejadian itu tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Menurut laporan Harian Metro, video 24 saat yang dirakam dari ‘dashcam’ kereta itu menampakkan dua beranak menunggang motosikal dipandu secara melulu melanggar lampu isyarat merah.

Akibatnya motosikal terbabit merempuh bahagian tepi kereta dan menyebabkan penunggang motosikal jatuh di atas jalan manakala pembonceng tercampak ke atas bonet kereta.

Bagaimanapun, kedua-dua dilaporkan selamat dan mengalami kecederaan ringan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 2.20 petang, Ahad lalu membabitkan motosikal ditunggang remaja perempuan berusia 17 tahun bersama ibunya berusia 56 tahun.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata berkata, kemalangan itu berpunca daripada penunggang motosikal terbabit yang tidak mematuhi lampu isyarat merah dan menyebabkan pelanggaran berlaku dengan Perodua Myvi dipandu jurutera berusia 27 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kereta yang dipandu lelaki terbabit dari arah Parit Buntar hendak balik ke Bandar Bharu, Kedah…

“Setibanya di lokasi, lampu isyarat hijau dan mangsa meneruskan perjalanan sebelum motosikal dinaiki dua wanita itu datang dari arah sebelah kanan dan terus melanggar bahagian tepi kenderaan.

“Melalui rakaman yang tular iti juga penunggang motosikal itu percayai tidak mematuhi lampu isyarat merah,” katanya ketika dihubungi media.

Susulan kejadian tular itu, pihak polis membuka satu kertas siasatan mengikut Rule 10 LN166/59.