KOTA KINABALU, SABAH – Pertubuhan Amal Dan Kebajikan Sepanggar (Amal Sepanggar) berpendapat kesediaan kerajaan mewujudkan kerjasama bipartisan bagi mewujudkan rangka persefahaman rentas parti perlu disokong oleh semua pihak dengan mengenepikan kepentingan politik tertentu buat sementara waktu.
Ketua Penerangan, Rahiman Bin Gapur berkata; “kami berpendapat bahawa genjatan politik perlu dilakukan dengan menyokong saranan yang di buat oleh Perdana Menteri bagi membuktikan bahawa ahli-ahli politik negara kita sememangnya mengutamakan kebajikan dan rakyat semata-mata lebih-lebih lagi kita berada didalam krisis kesihatan yang amat serius ketika ini.”
“Kami sekali lagi ingin menegaskan bahawa amat penting Ketika ini parti-parti politik yang ada sama-sama berpatisipasi membentuk kerjasama bipartisan bagi memastikan masalah utama yang kita hadapi bersama ini dapat diselesaikan…
“Pertukaran Kerajaan bukan agenda utama buat masa ini, tetapi fokus perlu kepada dua perkara; pertama menyelesaikan krisis kesihatan Covid-19 dan kedua memulihkan keadaan negara pasca COVID-19,” tambahnya.