BAYI UMUR SETAHUN DARI SEMPORNA MANGSA TERKINI MENINGGAL DUNIA, KES BAHARU COVID-19...

BAYI UMUR SETAHUN DARI SEMPORNA MANGSA TERKINI MENINGGAL DUNIA, KES BAHARU COVID-19 MAKIN MENINGKAT 691 KES

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Jumlah pesakit baharu COVID-19 SEMAKIN MENINGKAT dengan 691 kes di rekodkan hari ini.

Menurut Tan Sri Dr Noor Hisyam Abdullah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini dalam satu kenyataan kepada media daripada rumah kediaman beliau berkata, empat (4) orang mangsa telah meninggal dunia hari ini di mana seorang mangsa berasal dari Pulau Pinang, manakala selebihnya daripada daerah Sandakan dan Semporna di Sabah.

Dukacita dimaklumkan bahawa seorang bayi berumur setahun warganegara Malaysia menjadi mangsa kepada virus itu yang mana dilaporkan telah meninggal dunia di Hospital Semporna.

Ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 141 kes (1.04%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan hanya 87 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 10,427 kes (77.22%).

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 13,504 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 2,936 kes.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

DARIPADA 691 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat tiga (3) KES IMPORT dilaporkan…

SEMUA 688 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN DI MANA 27 KES MELIBATKAN DARI KALANGAN
Bukan WARGANEGARA DAN LAGI 661 KES DARI KALANGN WARGANEGARA.

Menurut laporan itu juga, sebanyak 31 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan lapan (8) kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…