
KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag antara tetamu khas yang menghadiri Majlis Resepsi Diplomatik Dalam Rangka Peringatan Hari Ulang Tahun Ke-78
Kemerdekaan Republik Indonesia di Grand Ballroom, The Magellan Sutera Harbourt
Resort pada Rabu.
Majlis itu turut dihadiri oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M.Jasni, Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Speaker Dewan
Undangan Negeri, Datuk Kadzim M.Yahya.
Selain upacara “toast” oleh Juhar dan Konsul Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu, Bapak Rafail Walangitan, majlis resepsi itu turut diserikan dengan upacara pemotongan tumpeng dan persembahan seni.





