TYT Rasmi Penutupan Pesta Kaamatan 2025

TYT Rasmi Penutupan Pesta Kaamatan 2025

0
SHARE

PENAMPANG: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mengiringi Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman melakukan upacara mongomot atau menuai padi seterusnya memukul gong sebanyak tujuh kali sebagai simbolik pengisytiharan penutupan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2025 di Hongkod Koisaan KDCA di sini, pada Sabtu.

Upacara Mongomot turut disertai Presiden KDCA, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing.

Yang turut hadir isteri Ketua Menteri, Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag.

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri di KDCA.