TONGOD, SABAH – ADUN Kuamut Datuk Masiung Banah berpendapat lirik lagu negeri ‘Sabah Tanah Airku’ perlu dipinda memandangkan status Sabah kini adalah wilayah.
“Sabah tidak lagi diiktiraf sebagai sebuah negeri justeru lirik itu perlu dipinda bagi mencerminkan perubahan status kerana perkataan negeri tidak lagi relevan,” katanya…
Masiung berkata demikian selepas mengalu-alukan konvoi membawa bendera Sabah ke Kampung Entilibon di sini pada Ahad.
Konvoi sempena Hari Sabah ke-59 itu dianjurkan oleh Parti Solidariti Tanah Airku Rakyat Sabah (STAR) Kuamut.
“Saya menggesa Jabatan Ketua Menteri membuat pindaan yang perlu kepada lagu negeri dengan segera dengan penggantian perkataan wilayah,” katanya.
Pada April tahun lalu kabinet persekutuan bersetuju bahawa status Sabah dan Sarawak akan dirujuk sebagai wilayah.





