Bayi Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Kinabatangan

Bayi Maut Dalam Kemalangan Dua Kenderaan Di Kinabatangan

0
SHARE
Bomba
Mangsa diusung ke dalam ambulans untuk dihantar ke hospital ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KINABATANGAN, SABAH – Seorang bayi disahkan maut manakala empat lagi penumpang dalam kenderaan Proton X50 parah selepas bertembung dengan Toyota Hilux di Jalan Kampung Paris 2 tengah malam semalam.

Sepasukan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan tiba di lokasi kira-kira berjarak 53 km hampir sejam selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 pagi

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, lima orang mangsa termasuk dua lelaki dewasa dan wanita tersepit dalam Proton X50 terbabit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan diserah kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang mangsa bayi disahkan meninggal dunia dilokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan yang seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” lapor seorang jurucakap.

Operasi kemudian ditamakan pada jam 4.15 pagi setelah pasukan bomba memastikan kawasan kemalangan selamat dilalui.