Ujian Genetik Rusia Sahkan Prigozhin Antara Penumpang Maut

Ujian Genetik Rusia Sahkan Prigozhin Antara Penumpang Maut

0
SHARE
Russia
Yevgeny Prigozhin, ketua kumpulan pembunuh upahan Wagner, adalah antara 10 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat pada Rabu lepas

MOSCOW, RUSSIA – Ujian genetik telah mengesahkan bahawa Yevgeny Prigozhin, ketua kumpulan pembunuh upahan Wagner, adalah antara 10 orang yang terbunuh dalam nahas pesawat pada hari Rabu lalu kata penyiasat Rusia pada Ahad.

Agensi penerbangan Rusia sebelum ini telah menerbitkan nama kesemua 10 orang di dalam jet peribadi yang terhempas di wilayah Tver barat laut Moscow.

Mereka termasuk Prigozhin dan Dmitry Utkin, orang kanannya yang membantu mencari kumpulan Wagner.

“Sebagai sebahagian daripada penyiasatan nahas pesawat di rantau Tver, pemeriksaan genetik molekul telah selesai,” kata Jawatankuasa Penyiasatan Rusia dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram.

“Identiti kesemua 10 yang maut telah dipastikan. Mereka sepadan dengan senarai yang dinyatakan dalam helaian penerbangan,” tambahnya.

Di saluran Telegram pro-Wagner, ramai yang percaya bahawa Prigozhin masih hidup kerana beliau mengambil pelbagai langkah keselamatan untuk mengelak percubaan bunuh.

Pihak berkuasa masih belum menyatakan apa yang mereka percaya menyebabkan jet peribadinya secara tiba-tiba jatuh dari langit.

Dua bulan lalu,Prigozhin dan tentera upahannya melancarkan pemberontakan terhadap komander tentera Rusia di mana mereka menguasai bandar selatan, Rostov, dan mara ke arah Moscow sebelum berpatah balik kira-kira 200km sebelum tiba di ibu negara.