KOTA KINABALU, SABAH – Kampung Batu Puteh, produk Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh Koperasi Pelancongan Komuniti Batu Puteh, KOPEL Bhd., telah diiktiraf sebagai salah sebuah Kampung Pelancongan Terbaik oleh UNWTO pada edisi pertama inisiatif ini.
Kekayaan budaya dan alam semula jadi serta komitmen terhadap kelestarian merangkumi tiga daripada teras Kampung Batu Puteh.
Ia dipilih daripada lebih 170 permohonan dari 75 negara, satu petunjuk yang jelas tentang nilai dan tindakan cemerlangnya ke arah pembangunan pelancongan luar bandar.
Permohonan secara eksklusif dibentangkan dalam talian oleh Negara Anggota UNWTO, Malaysia sebagai salah satu ahlinya.
Keperluan permohonan termasuk kepadatan penduduk adalah rendah dan maksimum 15,000 penduduk.
Terletak dalam landskap dengan kehadiran penting aktiviti tradisional seperti pertanian, perhutanan, penternakan dan perikanan, dan perkongsian nilai dan gaya hidup masyarakat, Kampung Batu Puteh juga telah dicalonkan oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia untuk pengiktirafan ini.
Pelancongan Berasaskan Komuniti oleh KOPEL bermula pada tahun 2000 dengan pembukaan program homestay pertama Sabah Miso Walai Homestay.
Disamping perkhidmatan bot, perkhidmatan pelanvongan, muzik kebudayaan dan program tarian, inisiatif pemuliharaan hutan KOPEL telah berkembang menjadi perusahaan sosial berskala sederhana yang menyokong pekerjaan, matlamat sosial dan alam sekitar serta komited untuk melindungi dan memulihkan ekosistem dan biodiversiti di Santuari Hidupan Liar Kinabatangan yang menjadikan Sabah begitu unik dan signifikan pada skala global.
“Pasukan KOPEL sangat gembira apabila mereka mendengar berita itu, ia adalah satu rangsangan besar kepada semangat selepas 18 bulan kerugian akibat pandemik dan sifar pendapatan pelancongan antarabangsa…
“Kami lebih teruja apabila mendapat tajaan untuk menghadiri majlis anugerah bersama Kementerian Pelancongan.
“KOPEL berharap pengiktirafan ini membantu mempromosikan pelancongan berasaskan luar bandar dan komuniti di Malaysia dan membantu membawa pulang pelancong antarabangsa terutamanya ke Sabah dan daerah Kinabatangan,” kata Martin Vogel, Ketua Pegawai Eksekutif KOPEL Bhd.
Manakala Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffn berkata, anugerah itu memantapkan usaha yang dilakukan oleh masyarakat Batu Puteh dan menjadi motivasi besar bagi mereka untuk meneruskan usaha baik dalam usahakelestarian.
“Saya sedar Pelancongan Luar Bandar bukanlah satu segmen khusus baharu untuk pelancongan di Sabah…
“Namun, melihat kepentingan untuk terus mengembangkan dan menyokong pemain industri tersebut, Pelancongan Sabah telah mengambil inisiatif untuk memperkasakan usaha promosi sejak 2014.
“Ini menyebabkan Kadamaian menerima Anugerah Pelancongan Berasaskan Komuniti Asean pada 2019 dan juga Majlis Pelancongan yang dimulakan di setiap daerah untuk membantu dalam usaha itu,” tambahnya.





