Remaja Kampung Panagatan Dikhuatiri Lemas

Remaja Kampung Panagatan Dikhuatiri Lemas

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba menjalankan misi mencari dan menyelamat di kawasan sungai Kampung Panagatan ( Sumber Ihsan JBPM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun dikhuatiri lemas selepas beriadah di sungai Kampung Panagatan bersama rakan-rakannya, semalam.

Dua mangsa terlibat dalam kejadian namun seorang mangsa kanak-kanak sempat diselamatkan datuknya.

Mangsa yang masih hilang dikenal pasti sebagai Aloysius Alfred.

Difahamkan lima kanak-kanak termasuk seorang dewasa iaitu datuk tersebut telah ke sungai untuk beriadah.

Balai Bomba dan Penyelamat Keningau menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 5.50 petang melalui sistem MERS999.

“Pasukan bomba berada dilokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat di atas permukaan air dikawasan mangsa dilaporkan hilang telah diaktifkan.

 

 

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” katanya.