Penunggang Motosikal Maut Terbabas Dalam Parit Kampung Tunon

Penunggang Motosikal Maut Terbabas Dalam Parit Kampung Tunon

0
SHARE
Bomba
Orang awam bantu keluarkan motosikal mangsa dari dalam parit ( Sumber Foto: Ihsan IPD Penampang )

PENAMPANG, SABAH – Seorang penunggang motosikal berusia 40 tahun maut di hospital selepas terbabas ke dalam parit berhampiran Kampung Tunon, di sini, malam Ahad.

Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam.

“Mangsa yang cedera di bahagian kepala dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan.

“Pegawai perubatan Jabatan Kecemasan mengesahkan mangsa meninggal dunia pada 9.25 pagi keesokan harinya manakala pihak polis menerima laporan pada 10.25 pagi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta saksi untuk tampil dan membantu siasatan manakala Sammy turut mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati ketika memandu.