Campur Cecair Syabu Dalam Susu Bayi, Ibu Bapa Ditahan Polis

Campur Cecair Syabu Dalam Susu Bayi, Ibu Bapa Ditahan Polis

0
SHARE
PDRM
Logo PDRM ( Sumber Foto: Google )

PETALING JAYA, SELANGOR – Polis telah menahan sepasang suami isteri selepas mereka mencampurkan susu bayi mereka dengan cecair methamphetamine (syabu), lapor New Straits Times.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian yang dilaporkan Hospital Kajang pada Selasa lalu.

Katanya, difahamkan pasangan itu menghantar bayi berusia setahun empat bulan itu ke rumah neneknya berusia 55 tahun di Seri Kembangan pada Isnin (19 Feb).

“Semasa di bawah jagaan neneknya, bayi itu tidak berhenti menangis, terlalu aktif, dan sukar dikawal.

“Wanita itu kemudian bertanya kepada ibu bayi itu tentang punca kelakuan aneh bayi itu,” kata Shahrulnizam.

Beliau berkata ibu berusia 34 tahun itu kemudian mengaku tersilap mencampurkan susu bayi dengan methamphetamine milik suaminya yang berusia 40 tahun.

Polis kemudian menahan pasangan suami isteri itu di rumah mereka di Taman Medan.

“Ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah,” katanya.

Suspek kini direman untuk siasatan lanjut, dan bayi itu kini dalam pemerhatian di Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.