Nestlé Malaysia, Impact Revolution Kutip Sampah 671.5 Kilogram Di Teluk Likas

Nestlé Malaysia, Impact Revolution Kutip Sampah 671.5 Kilogram Di Teluk Likas

0
SHARE
Wakil Impact Revolution, Monica Chin sedang menimbang jumlah sampah yang dikutip sukarelawan yang terlibat dalam aktiviti pembersihan pantai Nestlé Cares Beach Clean Up di Teluk Likas, Kota Kinabalu...

KOTA KINABALU, SABAH – Nestlé Malaysia dengan kerjasama pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), Impact Revolution telah berjaya mengutip sebanyak 671.5 kilogram (KG) sampah menerusi aktiviti pembersihan pantai Nestlé Cares Beach Clean Up di Teluk Likas, hari ini

Pengurus Komunikasi Korporat Nestlé Malaysia, Norliyana Othman berkata aktiviti yang dilaksanakan selama jam itu telah dilaksanakan secara serentak di lapan buah lokasi seluruh Malaysia.

Sekitar aktiviti pembersihan pantai Nestlé Cares Beach Clean Up di Teluk Likas, Kota Kinabalu yang dilakukan sekumpulan sukarelawan hari ini – ihsan Nestlé Malaysia…

Mengulas lanjut, Norliyana berkata bagi keseluruhan di Malaysia, sebanyak hampir empat tan sampah berjaya dikutip membabitkan seramai 500 orang sukarelawan.

“Aktiviti Nestlé Cares Beach Clean Up ini telah dimulakan sejak 2018 dan telah dijadikan aktiviti tahunan hingga sekarang…

Monica Chin…

“Tahun ini kami menjayakan aktiviti ini di 8 lokasi seluruh Malaysia termasuk tiga lokasi di Selangor, dua di Sabah, satu kawasan masing-masing di negeri Pulau Pinang, Terengganu, dan Pahang.

“Aktiviti ini cukup bagus kerana disamping dapat beriadah sambil membersihkan pantai-pantai kita, ia juga dapat menanam nilai dan kesedaran penting di kalangan pekerja kami tentang pentingnya penjagaan alam sekitar,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Norliyana Othman – Nestlé Malaysia…

Sementara itu, wakil Impact Revolution, Monica Chin berkata pihaknya telah lama menjalin kerjasama bersama Nestlé Malaysia dalam menjayakan aktiviti pembersihan pantai sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi aktiviti ini, beliau berharap agar masyarakat diluar sana untuk mengurangkan penggunaan plastik dan tidak membuang plastik di merata-rata tempat.

Tan Wallace – Nestle Sabah…

Katanya, pembuangan plastik di pantai khususnya bakal memberi impak berbahaya bukan sahaja kepada kehidupan laut malah juga manusia.

“Sebagai penyelam skuba, saya menasihatkan agar mengurangkan penggunaan plastik sekali pakai kerana ia bukan sahaja membantu hidupan alam sekitar malah juga manusia,” katanya.