KOTA KINABALU, SABAH – Setiausaha PAS Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan menasihati Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal setelah menempelak pelantikannya dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kenyataan Shafie itu dimuat nain dalam bentu video pada aplikasi media sosial TikTok baru-baru ini.
“Adakah Shafie Apdal baru terjaga dari tidur? Selama puluhan tahun dalam Umno, iaitu parti Semenanjung sebagai pemimpin, apa yang beliau lakukan untuk negeri dan rakyat Sabah?
“Hakikatnya, Sabah masih lagi ketinggalan dari segenap sudut,” katanya…
Aliakbar berkata PAS manakala sebuah parti politik yang membawa mesej damai sentiasa konsisten dengan penyatuan dan kesatuan.
“Saya adalah anak jati Sabah dan ‘tembuni’ saya ditanam di bumi Sabah…
Saya seperti juga anak Sabah yang lain bertekad dan komited memperjuangkan kebajikan rakyat dan membangunkan negeri.
“Ucapan Shafie Apdal tidak sewajarnya keluar daripada mulut seorang pemimpin yang dihormati.
“Berpolitiklah dengan matang dan jauhkan daripada politik fitnah dan perkauman.
Tak kenal maka tak cinta. Saya yakin Shafie tidak memperoleh maklumat sebenar mengenai PAS khususnya di Sabah. Kenali PAS, kenali pemimpin PAS dengan lebih dekat, pasti hati tertawan” katanya.
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada semua pemimpin parti politik supaya sentiasa berpolitik dengan matang dan berhemah.
“Hindarkan politik adu domba, menggores perasaan dan sangka buruk terhadap mana-mana pihak.
“Kalau mau ‘kupi-kupi’ pun saya OK saja,” tambahnya.