KM HAJIJI, JULIAH HADIRI MAJLIS ISTIADAT BERSANDING PUTERA MATEEN, DAYANG ANISHA

KM HAJIJI, JULIAH HADIRI MAJLIS ISTIADAT BERSANDING PUTERA MATEEN, DAYANG ANISHA

0
SHARE
Hajiji
Hajiji dan Juliah menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

BANDAR SERI BEGAWAN, BRUNEI – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag menghadiri Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja anakanda kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dengan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah binti Adam di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada Ahad.

Sejurus selesai istiadat bersanding, Pengantin Diraja diarak mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Hajiji dan Juliah juga akan menghadiri Majlis Persantapan Diraja yang akan diadakan di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman pada Isnin (15 Januari).

Majlis-majlis bagi Istiadat Perkahwinan Diraja dimulai dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang diadakan pada 7 Januari lepas dan diikuti dengan Majlis Istiadat Membuka Gendang Jaga-Jaga pada 8 Januari, Majlis Istiadat Menghantar Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja, dan Majlis Istiadat Menerima Tanda Diraja dan Pertunangan Diraja pada 9 Januari, Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari.

Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari 2024; Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja dan seterusnya Pengantin Diraja diarak sekeliling Bandar Seri Begawan diadakan pada 14hb Januari; Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari; Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga akan diadakan pada 16 Januari ini.