Walaupun Kes Harian COVID-19 Sabah Turun, Kes Jangkitan Sporadik Masih Tinggi

Walaupun Kes Harian COVID-19 Sabah Turun, Kes Jangkitan Sporadik Masih Tinggi

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes jangkitan COVID-19 Sabah menyusut 223 kes berbanding kelmarin dengan sejumlah 622 KES hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah yang rendah banyak dipengaruhi oleh penyusutan kes baharu di daerah seperti Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran.

“Walau bagaimanapun, peratusan jangkitan sporadik masih tinggi iaitu hampir 64 peratus (64%) dan ini bermakna risiko jangkitan kekal tinggi khususnya ditempat-tempat awam,” tegasnya.

Sejumlah 19 daerah mencatatkan penurunan kes berbanding semalam dengan empat (4) daerah menunjukkan penurunan yang signifikan iaitu: Penampang (-47 kes), Tuaran (-39 kes), Kota Kinabalu (-35 kes) dan Tawau (-33 kes).

“Hanya tujuh daerah mencatatkan peningkatan kes dan satu daerah kekal sebagaimana catatan kes semalam,” jelasnya dalam rumusan harian kes.

Satu kluster yang melibatkan institusi pendidikan, Kluster Jalan Gudon di Kota Kinabalu, diisytiharkan tamat hari ini menjadikan jumlah kluster yang masih aktif di Sabah sebanyak 25.

“Secara keseluruhan, statistik hari ini memperlihatkan kedudukan yang semakin stabil dengan masing-masing 13 daerah mencatatkan kes satu dan dua angka…

“Hanya satu daerah yang mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu (192 kes),” tambahnya.

Masing-masing dua (2) kes hari ini berada dalam Kategori 3 dan 4 manakala enam (6) kes dalam Kategori 5.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (14 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 192 (227)
Penampang – 58 (105)
Papar – 53 (82)
Beaufort – 47 (20)
Tuaran – 42 (81)
Sandakan – 34 (37)
Tenom – 23 (24)
Putatan – 22 (21)
Kuala Penyu – 21 (12)
Kota Belud – 20 (18)
Sipitang – 18 (18)
Keningau – 16 (37)
Kota Marudu – 11 (19)
Ranau – 10 (21)
Kinabatangan – 7 (10)
Kudat – 7 (10)
Tambunan – 6 (23)
Telupid – 6 (0)
Lahad Datu – 6 (14)
Tawau – 6 (39)
Pitas – 4 (5)
Beluran – 3 (2)
Kalabakan – 3 (5)
Kunak – 2 (7)
Nabawan – 2 (5)
Tongod – 2 (1)
Semporna – 1 (2)