Wanita Singapura Patah Kaki Tergelincir Ketika Turun Gunung Kinabalu

Wanita Singapura Patah Kaki Tergelincir Ketika Turun Gunung Kinabalu

0
SHARE
Mosar
Pasukan MoSAR, malim gunung dan petugas Taman-Taman Sabah bersama mangsa ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

RANAU, SABAH – Seorang wanita warganegara Singapura patah tulang kaki di buku lali kirinya ketika tergelincir lalu terjatuh dalam perjalanan turun dari Gunung Kinabalu semalam.

Sepasukan enam MoSAR Bomba telah digerakkan mangsa 41 tahun sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kes pada jam 8.06 pagi.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa berberat 65kg itu terjatuh di KM 8.3 ‘Summit Trail’ gunung.

“Jentera sampai ke lokasi pada pukul 10.50 pagi. Bahagian kecederaan disyaki patah  merujuk kepada perubahan bentuk kaki.

“Pasukan MoSAR turut dibantu empat petugas Taman-Taman Sabah dan dua malim gunung yang telah bertindak memberi bantuan dan rawatan awal kepada mangsa sebelum ketibaan pasukan bomba.

“Mangsa seterusnya diusung turun ke Timpohon Gate dan diserahkan kepada pihak ambulans untuk dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya,” katanya seorang jurucakap agensi.

Operasi kemudian tamat pada jam 6.30 petang.