KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 245 kes baharu direkodkan hari ini iaitu 20 kes lebih rendah berbanding jumlah semalam.
Walau bagaimanapun, jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata Penurunan jumlah jangkitan baharu berpunca daripada jumlah sampel ujian yang lebih rendah berbanding jumlah kelmarin dan bukan kerana keadaan telah bertambah baik.
“Jumlah sampel ujian yang menjadi asas pengiraan kes harian ialah 2,198 berbanding 2,472 semalam…
“Malah kadar positiviti hari ini ialah 12.19 peratus, lebih tinggi daripada kadar 11.69 peratus kelmarin,” katanya.
Kota Kinabalu kembali merekodkan kes tiga angka dengan 101 kes baharu (+10) diikuti daerah Tawau 32 kes (+4), Sandakan 28 kes (-17), Penampang 16 kes (+3), Papar 11 kes (-2) dan Putatan 11 kes (-4).
Selain Sandakan, Tuaran juga mencatatkan penurunan angka jangkitan baharu yang tinggi sebanyak 14 kes. Tidak ada kes baharu direkodkan di 8 daerah iaitu Telupid, Sipitang, Semporna, Pitas, Nabawan, Kunak, Kudat dan Kota Marudu.
Dalam pada itu, tiga (3) kes dalam Kategori 3 dan dua (2) kes dalam Kategori 4 direkodkan hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Ogos 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 101 (91)
Tawau 32 (28)
Sandakan 28 (45)
Penampang 16 (13)
Papar 11 (13)
Putatan 11 (15)
Kota Belud 9 (2)
Tuaran 8 (22)
Beaufort 6 (0)
Beluran 3 (5)
Keningau 3 (1)
Lahad Datu 3 (4)
Tambunan 3 (5)
Kalabakan 2 (2)
Kinabatangan 2 (3)
Kuala Penyu 2 (0)
Ranau 2 (2)
Tenom 2 (3)
Tongod 1 (0)
Kota Marudu 0 (1)
Kudat 0 (3)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Pitas 0 (1)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (5)
Telupid 0 (0)