TENOM, SABAH – Seorang warga emas mengalami patah tangan apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok kelapa sawit di Kg Makaniton, Melalap, sini, awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan mangsa lelaki berumur 63 tahun terbabit tersepit dalam kenderaan Nissan Navara dalam kejadian 4.23 pagi itu…
“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dan diserahkan kepada pihak Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia yang seterusnya membawa beliau ke Hospital Tenom untuk mendapatkan rawatan susulan,” katanya.
Tambahnya, setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud, operasi ditamatkan pada jam 5.20 pagi.





