KOTA KINABALU, SABAH – Seorang warganegara China berusia 25 tahun mati lemas ketika menyelam di sekitar perairan Pulau Mamutik, di sini, pada 2.20 petang Sabtu.
Mangsa adalah antara sekumpulan tujuh termasuk seorang jurulatih menyelam. Difahamkan, semua orang telah kembali ke pantai kecualinya.
Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, dua kakitangan akhirnya menemui mangsa dan memberikan bantuan pernafasan CPR.
“Mangsa telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth dan disahkan meninggal dunia pada jam 4.10 petang.
“Siasatan lanjut mendapati tiada unsur jenayah kerana mangsa dipercayai lemas.
“Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.
Siasatan masih diteruskan sementara kes diklasifikasikan sebagai laporan kematian mengejut.