Warisan, Barisan Nasional Lebih Sesuai Jadi Pembangkang Kuat Untuk Sabah – G57

Warisan, Barisan Nasional Lebih Sesuai Jadi Pembangkang Kuat Untuk Sabah – G57

0
SHARE
Datuk Zulkarnain Mahdar, Pengerusi G57...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata keputusan PRN-17 menunjukkan rakyat memberi mandat jelas kepada GRS untuk mentadbir, manakala Warisan dan UMNO–BN lebih sesuai berperanan sebagai pembangkang yang kuat dan berprinsip.

“Keputusan ini jelas memberi ruang kepada GRS untuk mentadbir dengan stabil,” katanya, sambil menzahirkan penghargaan kepada rakyat Sabah yang keluar mengundi.

Beliau menegaskan kerajaan baharu kini perlu menunaikan janji manifesto, termasuk pelaksanaan Sabah Maju Jaya 2.0.

Zulkarnain berkata pembangkang memikul tanggungjawab penting untuk memastikan dasar kerajaan dinilai secara kritikal.

“Pembangkang perlu meneliti dasar kerajaan secara fakta, mempertahankan kepentingan rakyat dan mempersoalkan keputusan yang merugikan negeri,” katanya.

Menurutnya, langkah itu membantu memastikan pentadbiran lebih telus dan berintegriti.

Beliau sekali lagi menolak cadangan menerima ADUN UMNO menyertai kerajaan negeri.

“ADUN-ADUN UMNO tidak seharusnya diterima menyertai kerajaan negeri,” katanya.

Zulkarnain mengingatkan episod Langkah Kinabalu 2023 yang menurutnya menggugat kestabilan Sabah, dan perlu dijadikan pengajaran.

Katanya, Warisan dan UMNO–BN wajar meneruskan peranan sebagai pembangkang konstruktif demi proses semak dan imbang yang matang serta kestabilan jangka panjang negeri.