
KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) tampil membuat laporan Polis ke atas Parti Warisan selepas menerima maklumat parti itu menerima dana dari kartel dadah.
Laporan Polis itu dibuat dibalai Polis Karamunsing pada Khamis (kelmarin).
Menurut Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain memaklumkan bahawa beliau telah menerima maklumat Parti Warisan Sepanggar telah menerima dana politik daripada seorang kartel dadah yang telah ditahan Polis baru-baru ini.
Pada 25 Dis 2023 lalu, pihak polis telah menahan ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman telah berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu yang disyaki mula beroperasi sejak 2015.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dalam satu kenyataan berkata dalam serbuan itu polis menahan 10 lelaki, termasuk dalang utama sindiket pengedaran dadah berkenaan yang juga penaung sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berusia 40 tahun.

Menurut Datuk Zulkarnain, pemberi maklumat yang tidak dikenali itu turut menyatakan pejabat Parti Warisan Sepanggar di Alam Mesra Kota Kinabalu juga dimiliki oleh kartel dadah tersebut.
“Kita tidak dapat mengesahkan sama ada maklumat ini betul atau sebaliknya, oleh sebab itu G57 tampil membuat laporan Polis meminta agar satu siasatan dapat dijalankan bagi menyiasat kebenaran dakwaan ini,” jelas beliau.

Zulkarnain berkata lagi, pemberi maklumat itu turut mendedahkan kartel dadah dalam tahanan polis itu telah membiayai jentera Warisan pada PRU15 dan PRN16 di Sabah.
“G57 berharap berita ini tidak betul dan sebaliknya kalau berita ini betul, kita berharap pihak Polis mengambil tindakan sewajarnya…





