Wujud Sindiket Seludup Ayam, Tidak Pasti Halal – James

Wujud Sindiket Seludup Ayam, Tidak Pasti Halal – James

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Aktiviti penyeludupan ayam ke Sabah telah dikesan dan ianya dilihat mendatangkan masalah kepada Kerajaan Negeri dan rakyat.

Perkara itu didedahkan susulan lawatan Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, Datuk James Ratib, ke Jabatan Veterinar di Sepanggar, di sini, semalam.

“Saya baru melawat Jabatan Veterinar di Sepanggar dan berjumpa dengan pegawai di sana…

“Kami mendapati cara mereka mengawal penyeludupan ayam adalah sangat longgar,” katanya.

“Oleh itu, saya telah mengambil beberapa resolusi yang dijangka membendung penyeludupan ayam secara besar-besaran di Sabah,” tambah beliau.

James juga berkata beliau akan mengetengahkan isu ayam halal kerana apabila penyeludupan terlibat, status halalnya tidak menentu.