Yakub Khan Bakal Wakili UMNO-BN Sabah Berunding Dengan Kerajaan Sabah

Yakub Khan Bakal Wakili UMNO-BN Sabah Berunding Dengan Kerajaan Sabah

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Timbalan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan bakal mewakili UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah dalam perkara berkaitan perundingan dengan Kerajaan Perpaduan Sabah menurut Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, beliau berkata BN juga mengambil ketetapan memberi sokongan dan mendokong Kerajaan Perpaduan Sabah pimpinan Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah.

“Pendirian ini sejajar dengan ketetapan parti pada peringkat Persekutuan yang sudah membentuk Kerajaan Perpaduan. Sebuah Sekretariat Tetap Kerajaan Perpaduan dibentuk untuk menyelaras semua parti yang mengasaskannya.

“Ini termasuk ketetapan Majlis Pimpinan Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bersidang pada 7 Februari lalu untuk diwujudkan sekretariat sama pada peringkat negeri termasuk Sabah,” katanya.

Selain itu, Zambry turut berkata BN Sabah dipertanggungjawabkan bagi menggembleng segala usaha untuk memastikan agenda perpaduan dapat direalisasikan.

Ini sekaligus memberikan khidmat bakti terbaik kepada rakyat negeri ini melalui Kerajaan Perpaduan Sabah.