SIPITANG, SABAH – Menteri Pembangunan Perindustrian Dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe dan beberapa pemimpin masyarakat tempatan Sipitang sebulat suara komited dalam menjadikan Sipitang Oil & Gas Industrial Park (SOGIP) sebagai antara aset utama dalam menarik pelaburan luar.
Disamping itu juga turut membincangkan untuk membangunkan hab ekonomi dan perindustrian negeri Sabah amnya dan daerah Sipitang khasnya bagi mencapai Standard Mutu Pencapaian Cemerlang selaras dengan halatuju Sabah Maju Jaya.
Komitmen itu dimeterai sebulat suara ketika para pemimpin ini menghadiri Sesi lawatan dan taklimat di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) petang Sabtu yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Oil & Gas Development Corporate (SOGDC), Datuk Haru Ismail disaksikan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin.
Sesi dimulakan dengan taklimat perkembangan semasa dan pelan utama yang akan mempertingkatkan operasi SOGIP dengan lebih efisyen dan berakhir dengan perundingan “brainstorming” antara Phoong, Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah, Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad merangkap ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Merangkap ADUN Lumadan, Datuk Ruslan Muharam.





