KOTA KINABALU, SABAH – Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan sumbangan RM100,000 Ramadan menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri hari ini.
Pengerusi Jetama, Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma.
Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi diserahkan kepada Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya.
Ketua Menteri turut berbincang dengan Yussof mengenai isu bekalan air.
Jetama diberikan konsesi untuk mengendalikan pengagihan bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Jetama, Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min.





