Warga Emas OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Tuaran

Warga Emas OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Tuaran

0
SHARE
Bomba
Seorang anggota bomba melakukan pemeriksaan akhir pada rumah mangsa yang dimusnahkan api ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

TUARAN, SABAH – Seorang lelaki orang kurang upaya berusia 72 tahun ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Kg Tagas, Jalan Pertanian, sini, semalam.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Agus Ebah, ditemui selepas api dalam insiden 10.30 malam berjaya dipadamkan pihak bomba.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis separuh kekal ukuran 50×40 terbakar peratus,” kata seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.

Jelasnya, operasi pemadaman menggunakan 1 aliran 100 kaki 2 pancutan sumber air dari jentera ‘water tanker’.

“Seterusnya operasi terkawal pada jam 11.31 malam. Mangsa terlibat disahkan meninggal dunia pada pukul 11.57 malam di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa diserahkan kepada pihak polis pada pukul 1.25 pagi,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 1.34 pagi selepas sepasukan lapan dari Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran memastikan tiadanya wujud kemerbahayaan lain.