
TAMPARULI, SABAH – Penduduk di Kampung Loputung di Tamparuli, Tuaran merayu agar balai raya mereka yang telah uzur dan tidak selamat digunakan untuk dinaik taraf.
Menurut Ketua Masyarakat Kampung Loputung, Paranting Lipayan, 69, balai raya tersebut merupakan satu-satunya tempat warga setempat mengadakan acara seperti sambutan Pesta Kaamatan, bermesyuarat dan sebagainya.
“Tetapi, keadaan balai raya tersebut kini semakin tidak selamat kerana struktur hanya bergantung kepada sebatang tiang kayu di bahagian tengah sebagai penahan bumbung balai raya yang kian mereput.
“Permohonan untuk menaik taraf balai raya tersebut telah dibuat beberapa tahun lalu dan dirujuk berkali-kali namun tidak ada tindakan lanjut dilakukan,” katanya.
“Saya mewakili penduduk Kampung Loputung, Tamparuli, Tuaran, merayu kepada pihak yang berkenaan agar mengambil perhatian serius dengan permasalahan yang kami hadapi ini.” tambahnya.





