LAHAD DATU, SABAH – Lebih 1,000 warga Sekolah Menengah Kebangsaan Segama menyambut ketibaan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG)2024 Negeri Sabah.
Pengetua SMK Segama, Johnson Sahibul bersama warga SMK Segama yang terdiri daripada pelajar, guru dan kakitangan bukan mengajar menyambut ketibaan konvoi dengan kibaran Jalur Gemilang dan Bendera Negeri Sabah di sepanjang laluan.
Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor mengetuai 14 agensi yang menyertai konvoi KMJG 2024 menamatkan pergerakan konvoi di daerah Lahad Datu sebelum bergerak sejauh 85km ke Daerah Kinabatangan. — JABATAN PENERANGAN SABAH